My Add

Wednesday 18 April 2012

Tiga novelis jayakan wacana penulisan Melayu

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Tiga novelis popular, Norzailina Md. Nordin, Abdul Halim Toha (Pingu Toha) dan Nurul Azalila Ahmad Sahimi (Areila Sahimi) antara penulis yang menjayakan Program Wacana Penulisan dan Penerbitan Bahasa Melayu anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Auditorium PNM, hari ini.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, program bertemakan Melestarikan Terbitan Bahasa Melayu itu adalah antara 15 program utama pembudayaan bahasa Melayu dan tulisan jawi yang dirancang sepanjang tahun ini.

"Program ini juga bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat.

"Novelis ini akan berkongsi pengalaman mereka sebagai penulis novel dalam Slot Bual Bicara Bersama Novelis serta mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat selepas itu," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Wacana Penulisan dan Penerbitan Bahasa Melayu, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment