My Add

Friday, 27 April 2012

Bicara saman fitnah Guan Eng ditangguh Mei

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 April, 2012: Perbicaraan kes saman fitnah RM30 juta yang dikemukakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain ditangguhkan ke pertengahan Mei ini.

Tarikh-tarikh perbicaraan baharu ialah pada 18, 21, 23 dan 24 Mei ini.

Penangguhan tersebut dimohon oleh pihak defendan berikutan tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini bertindih dengan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 Pulau Pinang yang akan bermula pada 30 April hingga 10 Mei ini.

Hari ini sepatutnya merupakan perbicaraan hari pertama di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Amelia Tee Hong Geok Abdullah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment