KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 April, 2012: Masjid Nabawi di Kota Madinah yang terletaknya makam Rasulullah S.A.W turut dicemari pembangkang bagi melancarkan perhimpunan Bersih 3.0.
Menurut UTUSAN ONLINE, Bersih 3.0 juga dilancarkan di Mekah berhampiran dengan Masjidilharam.
Tindakan tersebut amat dikesali kerana dibuat ketika tokoh-tokoh agama menyifatkan haram bagi umat Islam menyokong demonstrasi Bersih 3.0 kerana ia diterajui Datuk S. Ambiga, pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Pelancaran di Masjid Nabawi itu disiarkan oleh beberapa laman blog termasuk http://www.rbfonline.net.
No comments:
Post a Comment