My Add

Sunday 1 April 2012

Bom di Thailand: 27 rakyat Malaysia cedera


PETUGAS Thailand membersihkan kerosakan di lokasi letupan bom kereta di selatan negara itu, wilayah Yala, semalam. Dalam kejadian itu, 13 dilaporkan terbunuh manakala lebih 500 cedera termasuk 27 rakyat Malaysia. - Foto AFP

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 APRIL, 2012: Jumlah rakyat Malaysia yang cedera susulan pengeboman di bandar Hatyai, Songkhla, semalam mencecah kepada 27 mangsa setakat ini. 

Demikian menurut lamab web rasmi Kementerian Luar yang memaparkan kenyataan Kedutaan Malaysia di Bangkok, hari ini.

Kenyataan itu, berkata, Konsulat Malaysia di Songkhla akan memastikan mangsa yang cedera mendapat rawatan yang diperlukan dan akan menghantar rakyat Malaysia pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan awal hari ini, seorang rakyat Malaysia dikenali Low Thian Hock, 46, berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah disahkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment