My Add

Sunday 1 April 2012

Keselamatan di sempadan Thai sentiasa dipantau

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 April, 2012: Polis sentiasa memantau keadaan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand bagi memastikan konflik di Selatan negara jiran itu tidak merebak ke negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam memantau sebarang aktiviti pengganas yang timbul di selatan Thailand.

"Kita sentiasa berkongsi maklumat dengan Polis Thailand dan setakat ini semua dalam keadaan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dewan makan kaum Sikh di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kejadian tiga pengeboman di Yala, selatan Thailand semalam yang setakat ini mengorbankan 13 orang dan mencederakan 100 yang lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment