KAMPAR , KHAMIS,19 April, 2012: Bagai mati hidup semula.
Begitulah perasaan sepasang suami isteri warga emas, Osman Ibrahim, 90, dan Azmah Embok, 80, selepas terselamat dalam kejadian banjir besar yang melanda Kampar minggu lalu, walaupun mereka kini tinggal sehelai sepinggang.
Dalam kejadian banjir terburuk sejak 33 tahun itu, rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Dipang di sini, rosak teruk apabila sebahagian dinding dihanyutkan arus deras.
"Sebelum ini, hanya banjir biasa paras buku lali dan kami suami isteri sudah biasa dengan keadaan itu. Saya tidak sangka hujan berjam-jam baru-baru ini memusnahkan segalanya yang kami bina sejak berpindah ke sini berpuluh tahun lalu," ktNY. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment