My Add

Friday 20 April 2012

Usaha kesedaran keamanan dunia perlu digerak secara proaktif

PETALING JAYA, KHAMIS, 19 April, 2012: Pelbagai usaha kesedaran mengenai keamanan dunia perlu digerakkan secara proaktif dan berterusan dalam kalangan wanita di negara ini.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, langkah itu penting dilakukan bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam usaha-usaha menjaga keamanan sejagat.

Menurutnya, komitmen Festival Keamanan Malaysia Global (GPF) yang menganjurkan Forum Keamanan Wanita Malaysia Sedunia buat pertama kalinya ini dilihat sebagai salah satu usaha ke arah melipatgandakan penyertaan wanita dalam program berkenaan.

"Kita perlu berusaha mengerakkan lebih ramai wanita menyumbang dalam program-program keamanan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam dan pelancaran Forum Keamanan Wanita Malaysia Sedunia di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie; Pengerusi GPF Malaysia, Datin Paduka Seri Zaleha Ismail dan Setiausaha Agong Global Peace Women International, Shinsook Kwak Kim.

Forum dua hari yang bermula hari ini itu adalah anjuran bersama GPF Malaysia dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan disertai kira-kira 300 peserta termasuk dari Korea Selatan, Indonesia dan Filipina.

Selain itu, menurut Noorainee, komitmen GPF Malaysia dalam memberi tumpuan terhadap

wanita, khususnya membina asas pengetahuan tentang keamanan kepada keluarga dan masyarakat dilihat mampu mewujudkan generasi yang cintakan keamanan.

Ujar beliau, usaha ini bertepatan dengan keperluan global iaitu memelihara keamanan sesama manusia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment