My Add

Thursday 19 April 2012

DAP Pulau Pinang didakwa bazir RM3.2j wang rakyat?

PULAU PINANG, RABU, 18 April, 2012: Gerakan hari ini membidas kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.2 juta semata-mata mahu membayar yuran perunding dari luar bagi menjayakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Tindakan itu dianggap membazir kerana ia dikatakan masih belum diluluskan sedangkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk orang ramai terlebih dahulu mengenai pelan tersebut dan menunggu kelulusan sebelum melantik mana-mana perunding.

“Kerajaan negeri sebelum ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat bagi pembinaan terowong dasar laut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment