My Add

Thursday 19 April 2012

Perjelaskan hubungan Izzah, Affifah

PULAU PINANG, RABU, 18 April, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri kepada timbalan presidennya, Azmin Ali, Shamsidar Taharin didesak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hubungan pertalian di antara Nurul Izzah Anwar dan Affifah Azmin dari segi hukum syarak.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, tindakan itu perlu bagi meleraikan tanda tanya yang kini diperkatakan orang ramai.

Menurutnya, ramai ahli PKR sendiri merasa sangsi tetapi tidak berani bersuara kerana takut dilucutkan jawatan atau sebab lain.

"Ini bukan satu dakwaan tetapi ia adalah satu pertanyaan perlu diperjelaskan oleh mereka berdua secara serentak bagi menyatakan perkara sebenar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Aminah turut mendesak Wan Azizah menafikan bahawa PKR merupakan sebuah parti yang tidak menghalang budaya seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) seperti yang diperkatakan masyarakat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment