My Add

Thursday 19 April 2012

Dr Mahathir dibenar pulang


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hari ini selepas menjalani pembedahan kecil ‘nasal polyps’, pagi Selasa lalu. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini selepas menjalani pembedahan kecil, dibenar pulang hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu menjalani pembedahan kecil untuk membuang polip nasum (nasal polyps) kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pembantunya, Dr Mahathir dibenar pulang pada 10.30 pagi tadi.

"Beliau sihat dan doktor berpuas hati dengan keadaannya. Dr Mahathir akan terus diberi cuti sakit sehingga akhir minggu dan dinasihat berehat di kediamannya," menurut kenyataan itu. 

Pembedahan selama sejam itu dijalankan oleh sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment