JOHOR BAHRU, KHAMIS, 19 April, 201: Syarikat minyak nasional, Petronas akan mengumumkan keputusan akhir pelaburan berkaitan projek mega Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan (RAPID) bernilai RM60 bilion di Pengerang pada pertengahan 2013.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Projek RAPID, Wan Yusoff Wan Hamat berkata projek itu kemungkinan besar akan dilaksanakan dan dijangka beroperasi pada 2016 untuk menjadikan Pengerang, yang terletak di tenggara Johor, sebagai hab petrokimia Asia Pasifik.
"Berikutan potensinya, projek (RAPID) itu dijangka dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya pada taklimat media mengenai RAPID di Kota Iskandar, Nusajaya. - BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment