My Add

Wednesday 18 April 2012

Dr Mahathir dijadual pulang esok

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjalani pembedahan kecil untuk membuang polips nasum (nasal polyps), dijangka dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, esok. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pembantu beliau hari ini, bekas perdana menteri itu memberi tindak balas baik terhadap rawatan dan doktor gembira dengan kemajuan kesihatan beliau.

"Beliau makan makanan biasa dan dijadual pulang esok," menurut kenyataan itu.
Pembedahan selama sejam yang bermula pada pukul 9.30 pagi, dilakukan sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed. 

Hanya anggota keluarga terdekat dibenarkan mengunjungi beliau. 

Sementara itu, dalam mesej melalui Twitter, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menulis: "Doa dan salam saya mengiringi Tun Dr Mahathir yang sedang sembuh daripada pembedahan kecil polips nasum." - BERNAMA

No comments:

Post a Comment