My Add

Sunday 1 April 2012

Dua keluarga nelayan mangsa kebakaran dapat bantuan rumah

BESUT, AHAD, 01 April, 2012: Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan peruntukan untuk pembinaan rumah baru bagi dua keluarga nelayan di Pulau Perhentian yang rumah mereka hangus dalam kebakaran minggu lalu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, berkata setiap rumah itu akan dibina dengan kos RM33,000.

"Peruntukan yang diluluskan itu adalah mengikut peruntukan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi ditambah bagi kos pengangkutan," katanya di sini, hari ini.

Kebakaran kira-kira jam 10.15 malam Ahad lalu menyebabkan Abdullah Omar, 55 dan Mat Sarah Hamzah, 45, serta keluarga masing-masing tinggal sehelai sepinggang apabila api memusahkan keseluruhan rumah dan barang-barang termasuk dokumen penting milik mereka. 

Ketika ini, kedua-dua keluarga terpaksa menumpang di rumah saudara mara masing-masing. 

Sebelum ini, menerusi inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah Besut, bantuan berupa pakaian sekolah, buku teks, peralatan sekolah disampaikan kepada anak-anak keluarga mangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment