My Add

Wednesday 4 April 2012

Gagal langsai hutang: ADUN Kuala Nerang muflis

ALOR SETAR, RABU, 04 April, 201: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn. Bhd., disenaraikan di papan kedua Bursa Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan.

Syed Sobri mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 ahli dan pemimpin akar umbi UMNO bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata, pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata, pemimpin UMNO telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment