My Add

Wednesday 4 April 2012

Bom Hatyai: Dua rakyat Malaysia masih dirawat di Thailand

KUALA LUMPUR, RABU, 04 April, 2012: Dua rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di kompleks beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai, Thailand masih dirawat di negara berkenaan.

Jurucakap pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata, mereka ialah pasangan suami isteri iaitu Ooi Fook Chuan, 33 dan Wong Sze Ee, 28 yang kini dirawat di Hospital Songkhla Nagarinh.

“Walaupun kecederaan kedua-duanya tidak kritikal, mereka memilih untuk dirawat di hospital tersebut kerana ramai saudara-mara mereka menetap di sana," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian 31 Mac lalu yang berpunca letupan bom kereta, dua pelancong Malaysia terbunuh manakala 27 lagi cedera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment