My Add

Monday 23 April 2012

GiatMara perlu terus jadi pilihan belia

JOHOR BAHRU, AHAD, 22 April, 2012: Pusat GiatMara disaran meningkatkan lagi peranannya sebagai sebuah institusi latihan kemahiran sekali gus dapat menarik lebih banyak penyertaan di kalangan belia di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu penting bagi membolehkan pusat berkenaan bersaing dengan institusi kemahiran seumpamanya seperti Kolej Komuniti dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).

"Penubuhan Pusat GiatMara adalah salah satu usaha kerajaan dalam membantu masyarakat khususnya golongan belia atau 'Gen Y' mendapatkan ilmu pengetahuan melalui latihan kemahiran.

"Justeru, institut ini harus memainkan peranan dalam menyediakan latihan kemahiran dan vokasional secara berterusan agar ia terus menjadi pilihan utama masyarakat khususnya generasi muda," katanya pada majlis perasmian penutup Program Mesra Gen Y di Dewan Serbaguna Taman Cendana, Pasir Gudang di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment