My Add

Monday 23 April 2012

PTPTN: Pembangkang tidak konsisten

MUSTAPA Mohamed bersalaman dengan warga pendidik pada majlis ramah mesra bersama warga Jabatan Pelajaran Kelantan di Kota Bharu, semalam. - BERNAMA

KOTA BHARU, AHAD, 22 April, 2012: Pemimpin parti pembangkang disifatkan tidak konsisten dalam perjuangan mereka untuk memberikan pendidikan percuma apabila mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menyifatkan pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim berfikiran singkat kerana tidak memikirkan implikasi serius yang akan berlaku jika PTPTN dihapuskan.

Beliau berkata, pembangkang juga tidak pernah membuat analisis sebelum setiap janji dibuat kerana apa yang penting bagi mereka ialah menarik sokongan rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment