My Add

Sunday 8 April 2012

Guan Eng tidak minat bela nasib Melayu

Oleh ZABRY MOHAMAD

NIBONG TEBAL, SABTU, 07 April, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu berikutan keengganannya untuk berjumpa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi berbincang mengenainya sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008.

Bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, bukan sahaja tidak mahu berjumpa, beliau yang mewakili 21 NGO Islam untuk menyerahkan memorandum pernah dihalau dari pejabat Ketua Menteri oleh Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Beliau berkata, sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Kerajaan DAP Pulau Pinang menghubunginya mengenai perkara itu.

"Saya berusaha membuat temujanji nak jumpa ketua menteri (Guan Eng) sejak minggu pertama pembangkang memerintah. Kita ada banyak soalan seperti apa nak dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment