My Add

Sunday 8 April 2012

Peluang sembuh kanser meningkat 90%

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 April, 2012: Peluang kanak-kanak yang menghidap kanser di negara ini untuk sembuh meningkat kepada 90 peratus berbanding hanya 65 peratus kira-kira 17 tahun lalu.

Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Datuk Dr. Ikram Shah Ismail berkata, peningkatan itu hasil penyelidikan dan penemuan Unit Onkologi hospital tersebut dalam mencari kaedah rawatan terbaharu bagi penyakit berkenaan.

"Keyakinan terhadap Unit Onkologi PPUM sebagai tempat rawatan kanser kanak-kanak selepas Hospital Kuala Lumpur juga menyaksikan kita menerima sebanyak 120 pesakit kanser setiap tahun.

"Kos rawatan bagi semua pesakit itu pula mencecah RM80 juta yang mana kos bagi setiap kanak-kanak berjumlah RM80,000 dan ia akan terus meningkat pada masa hadapan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Sosial Pediatrik Onkologi kali ke-10 di PPUM di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment