My Add

Wednesday 4 April 2012

Hasut rakyat tolak kerajaan Pusat

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 April, 2012: Pandangan pihak tertentu bahawa kuasa kerajaan Pusat wajar diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri disifatkan sebagai suatu usaha untuk menghasut dan mempengaruhi rakyat negara ini supaya menolak kerajaan Persekutuan Malaysia.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, negara akan menjadi kucar-kacir dalam banyak aspek sekiranya pandangan tersebut direalisasikan.

"Sebagai contoh, dalam kerajaan Persekutuan, ada polis dan tentera. Jadi kalau semua kuasa hendak diserahkan kepada negeri, apa pula tanggungjawab kerajaan Pusat? Ini menyebabkan Pusat tidak ada pertimbangan kuasa langsung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan beberapa pihak termasuk sebuah organisasi di Pulau Pinang berhubung artikel akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini yang berpendapat sistem pemusatan kuasa tidak boleh digunakan lagi di Malaysia dan ia hanya sesuai diamalkan ketika zaman sebelum kemerdekaan, bersesuaian dengan situasi darurat pada masa itu. - URUSAN

No comments:

Post a Comment