My Add

Wednesday 4 April 2012

Perjuangan Pajim bukan bermotif perkauman

PULAU PINANG, SELASA, 03 April, 2012: Dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa perjuangan Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) hanya bermotifkan perkauman dan anti parti pembangkang adalah tidak benar dan keterlaluan.

Yang Dipertua Pajim, Yusoff Mohd. berkata, mereka kecewa dengan kenyataan tersebut dan ia menunjukkan Guan Eng tidak layak menjadi Ketua Menteri berjiwa rakyat.

"Beliau tidak mampu menjawab isu-isu yang dibangkitkan dan mengelak kerana tidak mempunyai fakta kukuh. Pemimpin seperti ini sebenarnya telah menipu rakyat.

"Dia tuduh kami bersikap perkauman. Saya ingin bertanya adakah pertubuhan seperti Dong Zong (Persekutuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia) yang mendesak supaya semua guru yang tiada asas bahasa Mandarin ditukarkan mengajar di sekolah lain juga boleh dianggap sebagai perkauman?," soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment