My Add

Sunday 1 April 2012

HFMD: 45 kes baru dilaporkan

KUCHING, AHAD, 01 APRIL, 2012: Sebanyak 45 kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh Sarawak setakat tengah malam tadi, manakala 74 sekolah dan tadika masih ditutup, setakat ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri, Kuching mencatatkan kes baru tertinggi dengan 21 kes, Miri (8), Limbang (6), Sarikei dan Sibu masing-masing empat manakala Betong dan Bintulu masing-masing satu kes.

Dengan kes terbaru itu, jumlah kes terkumpul setakat ini ialah sebanyak 4,060 kes.
Sebanyak 68 sekolah dan tadika yang telahpun diarah tutup setakat ini dan enam lagi sekolah dan tadika ditutup secara sukarela. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment