My Add

Friday 20 April 2012

IKHLAS desak pantau peniaga asing

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI 

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengekang penguasaan peniaga asing terhadap ruang-ruang niaga di ibu kota.

Pengerusi Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah (gambar) mendakwa, pemerhatiannya mendapati peniaga asing kini sudah menguasai sehingga 80 peratus ruang niaga sekali gus menyaksikan peniaga bumiputera semakin terpinggir.

Menurutnya, kehadiran mereka telah menutup periuk nasi peniaga tempatan dan bumiputera sedia ada dan mereka juga secara terang-terangan melakukan perniagaan secara tidak sah serta melakukan pelbagai lagi kesalahan.

"Melalui jawatankuasa khas ini, pelbagai pihak terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat bekerjasama menerusi operasi yang dilakukan untuk membanteras kebanjiran peniaga asing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment