My Add

Friday 20 April 2012

Terpaksa guna air tercemar


CHE Harun Salleh (kanan) menggunakan air dari parit untuk kegunaan harian seperti mandi dan membasuh pakaian di Kampung Kuala Jambu, Tumpat, Kelantan, semalam. - BERNAMA

Oleh YATIMIN ABDULLAH 

TUMPAT, KHAMIS, 19 April, 201: Lebih 1,000 penduduk dari lima buah kampung di sini terpaksa menggunakan pelbagai sumber termasuk air parit yang tercemar disebabkan bekalan air bersih disediakan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sering terganggu.

Kampung terlibat adalah Kubang Sawo, Tualang, Bendang Pak Yong, Kuala Jambu dan Naga Ibu. Semua kampung itu terletak berhampiran Sungai Golok.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan terbabit mendapati, penduduk kampung berkenaan terpaksa menggunakan air Sungai Golok dan parit yang tercemar untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian sejak tiga tahun lalu.

No comments:

Post a Comment