My Add

Tuesday 10 April 2012

Inkues Baharudin: Permohonan didengar Jumaat ini

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar Jumaat ini permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan permohonan keluarga pemandu teksi yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram 9 Julai, bagi mendapatkan salinan percakapan saksi.

Perkara ini dimaklumkan oleh peguam Ahmad Jufliz Faiza, yang mewakili keluarga Baharudin Ahmad kepada Koroner Zulkpli Abdullah, dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pemandu teksi itu.

Dalam permohonannya itu juga, Ahmad Jufliz memohon agar Mahkamah Tinggi memutuskan permohonannya untuk mendapatkan salinan buku pendaftaran kematian yang mengandungi senarai kematian pada 9 dan 10 Julai 2011 selepas pihak hospital tidak memberikan salinan itu kepadanya, melainkan mendapat kebenaran mahkamah.

Permohonan keluarga Baharudin itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada 6 April lepas, Ahmad Jufliz, yang mewakili isteri Baharudin, Rosni Malan memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding inkues tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment