My Add

Tuesday 10 April 2012

RUU ganti ISA selari perkembangan demokrasi

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 012: Pembentangan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibuat selari dengan perkembangan demokrasi sekali gus memenuhi kehendak rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu membuktikan janji-janji kerajaan untuk membawa perubahan politik dan ekonomi melalui program transformasi bukan sesuatu yang retorik.

"Saya lihat pembentangan kali pertama untuk akta-akta keselamatan ini adalah sebahagian daripada apa yang telah kerajaan umumkan dahulu dan ia merupakan janji yang kita kotakan sekarang.

"Tujuan pindaan ini bagi memastikan undang-undang kita selari dengan perkembangan demokrasi kerana bentuk ancaman yang dihadapi dahulu tidak lagi sama dengan sekarang,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rang undang-undang itu yang dibaca buat kali pertama di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment