My Add

Saturday, 7 April 2012

Kepakaran ilmu dalam agensi perlu disatukan untuk kejayaan

BESUT, SABTU, 07 April, 2012: Ilmu yang dimiliki oleh setiap anggota dalam agensi penguatkuasaan, pertahanan dan keselamatan perlu disatukan untuk membentuk keamanan dalam masyarakat. 

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil, berkata adalah satu kerugian sekiranya sumber kepakaran manusia tidak berjaya disatukan dan membiarkan setiap pihak bekerja secara sendirian.

"Untuk itu polis akan berganding bahu dengan masyarakat dan bekerjasama dengan agensi keselamatan untuk memastikan hasil yang lebih baik diperoleh di masa depan dan di samping itu ia dapat menjimatkan perbelanjaan serta mengelakkan pembaziran sumber tenaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap merasmikan Program Bina Semangat anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di dewan Perumahan PDRM di Kampung Raja hari ini. 

Kursus yang diadakan serentak di seluruh negara selama seminggu bermula hari ini membabitkan seramai 420 daripada 700 anggota pertahanan dan keselamatan daerah ini hadir bagi mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di tempat masing-masing. 

Katanya, kerjasama yang diadakan secara bersepadu di kalangan agensi penguat kuasa yang diterajui oleh polis mendapati kadar jenayah menurun dari tahun ke tahun di negeri Terengganu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment