Oleh NORAZLITA MOHD SIES
KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April 2012: Permohonan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman terhadap mereka berhubung dakwaan kononnya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil di negara ini ketinggalan dari segi bantuan kewangan kerajaan, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 20 Jun depan.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim, Datuk VT Singam hari ini.
Saman itu difailkan oleh M. Manoharan dan P.Uthayakumar yang merupakan Ketua Umum sebuah pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) pada 9 Februari lalu.
Kedua-duanya yang berusia 51 tahun itu mendakwa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak sama rata di bawah undang-undang dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap sekolah tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment