My Add

Monday 23 April 2012

Program Bicara Minda Bersama Dr. M dibatalkan

GEORGETOWN, ISNIN, 23 April, 2012: Program Bicara Minda Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianjurkan Perhubungan Veteran UMNO Pulau Pinang pada 28 April ini dibatalkan.

Pengerusi Penerangan, Zaini Hassan berkata, program itu yang dijadualkan Sabtu ini pada pukul 2 hingga 5 petang terpaksa dibatalkan kerana Dr. Mahathir dinasihatkan untuk berehat selepas menjalani pembedahan kecil membuang polip nasum (nasal polyps) pada 10 April lalu.

Dr. Mahathir yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dibenarkan pulang Khamis lepas.

Zaini berkata, program itu mendapat sambutan baik dengan seramai 500 orang dijangka hadir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment