JITRA, SABTU, 07 April, 2012: Kerajaan bercadang tidak akan meluluskan lesen kepada pengusaha bot menangkap ikan jika sekiranya pukat yang mereka gunakan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom.
Beliau berkata, cadangan itu bertujuan melindungi sumber pembiakkan ikan di samping melindungi kepentingan nelayan untuk jangka masa panjang.
"Pada masa ini spesifikasi pukat tidak dijadikan syarat untuk meluluskan lesen bot namun kreativiti nelayan yang mengubah suai pukat menjadi lebih panjang dan lebar didapati mengancam sumber laut.
"Dalam satu cubaan menggunakan pukat tunda dari Kuala Kedah ke Pulau Pangkor baru-baru ini, saya dapati kesannya amat jelas merosakkan sumber laut," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan cek bantuan RM300,000 kepada Jawatankuasa Kubor Siam, Kampung Sungai Baru/Kota Giam di sini, hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment