My Add

Thursday 19 April 2012

Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 September.

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar akan dibicarakan selama dua hari bermula 10 September ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad di kamar beliau setelah peguam Bani Prakash yang mewakili Anwar dan peguam Mohd. Zaharudeen Harun bagi pihak Chandra tidak bersetuju dengan cadangan mahkamah agar kes itu diselesaikan menerusi proses mediasi.

Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac 2008, Ketua Pembangkang itu mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dakan satu forum yang dianjurkan oleh Star Publication Bhd. di Menara Star, Petaling Jaya pada 3 Mac 2008.

Kata-kata Chandra telah disiarkan dalam akhbar The Star di bawah tajuk “Disaster if Anwar is PM” dan “Chandra breaks silence on Anwar” dalam The New Straits Times pada 5 Mac 2008. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment