KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau andaian tidak berasas dengan mengaitkan UMNO berhubung serangan ke atas mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka di sini awal pagi tadi.
Katanya, Pemuda UMNO mengutuk serangan itu walaupun tidak bersetuju dengan tindakan mahasiswa berkenaan menyertai Perhimpunan Menyokong Pemansuhan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN).
"Kita harap pihak polis adakan siasatan secara menyeluruh supaya pihak tidak bertanggungjawab ini (penyerang) dibawa ke muka pengadilan dan UMNO tidak terus menjadi mangsa tuduhan sesetengah pihak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 2.45 pagi tadi, sekumpulan 30 individu tidak dikenali bertindak menyerang kumpulan mahasiswa terbabit yang berkhemah di Dataran Merdeka. - BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment