My Add

Sunday, 8 April 2012

Kes HFMD di Sarawak berkurangan

KUCHING, AHAD, 08 April, 2012: Kes baru penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Sarawak berkurangan dalam tempoh seminggu lalu dengan 29 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 4,423 setakat ini. 

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zulkifli Jantan, dalam laporan hariannya berkata 13 daripada kes baru berlaku di Kuching; Miri dan Samarahan (masing-masing empat), Bintulu (tiga), Sri Aman (dua), Kapit, Limbang dan Sibu (masing-masing satu), dengan tiada kes baru di Sarikei, Mukah dan Betong. Lima kemasukan baru dicatatkan dalam masa 24 jam, masing-masing dua di Bintulu dan Sibu dan satu di Kuching.

Keseluruhannya, Kuching mencatatkan 1,634 kes, Bintulu (522), Samarahan (494), Miri (335), Limbang (302), Sarikei (256), Betong (227), Sri Aman (184), Sibu (179), Kapit (148) dan Mukah (142). 

Sejumlah 11 institusi penjagaan dan pembelajaran kanak-kanak di seluruh negeri ini masih ditutup atas arahan Jabatan Kesihatan bagi menyekat merebaknya penyakit itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment