My Add

Monday 9 April 2012

KR1M tidak beri saingan kepada kedai runcit biasa

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 April, 2012: Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak memberi kesan negatif kepada kedai-kedai runcit tradisional, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim. 

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa sebaliknya, kemunculan KR1M telah menggalakkan pertumbuhan lebih pesat kedai-kedai runcit tradisional di negara ini.

"KR1M langsung tidak menjejaskan perniagaan peruncit-peruncit lain. Malah sekarang lebih banyak kedai runcit kecil yang membangun dengan pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan, kerana mereka dapat membeli barangan dari kedai KR1M dan menjualnya di kedai-kedai mereka," katanya.

Beliau berkata, langkah sedemikian juga membolehkan barangan keperluan asas keluaran KR1M dapat dibeli dan dinikmati oleh masyarakat yang lebih luas. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) yang mendakwa KR1M memberi saingan kepada survival kedai-kedai runcit biasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment