My Add

Monday 9 April 2012

FELDA. FGVH berikrar integriti korporat dengan SPRM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri), memegang dokumen bersama Presiden Kumpulan FELDA Global, Datuk Sabri Ahmad, pada Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Pakatan Integriti di antara FELDA FGVH dengan SPRM di Bangunan Utama Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 April, 2012: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) hari ini menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pakatan Integriti (IP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

CIP dan IP itu ditandatangani Pemangku Pengurus Besar FELDA, Datuk Suhaimi Zainuddin, Presiden Kumpulan FGVH Datuk Sabri Ahmad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Majlis disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Pada sidang media selepas itu, Abu Kassim berkata, CIP adalah akujanji FELDA untuk menyokong usaha kerajaan yang memberi penekanan kepada aspek integriti. 

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan syarikat-syarikat seperti syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat milik kerajaan agar akur kepada undang-undang terutamanya membabitkan isu perolehan dan aktiviti yang berkaitan dengan hasil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment