My Add

Sunday 8 April 2012

Kualiti sarang burung walet ke China dikawal

MUAR, AHAD, 08 April, 2012: Kerajaan akan memantau kualiti produk sarang burung walet yang dihasilkan di negara ini untuk tujuan eksport ke China bagi memastikan pengusahanya mematuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan kerana negara itu mengenakan peraturan ketat mengenainya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, dalam masa terdekat pengusaha akan menandatangani satu perjanjian baru dengan pihak di China bagi memastikan piawaian kualiti sarang burung walet dipatuhi sebelum dieksport semula ke negara tersebut.

"Saya minta semua program-program ternakan sarang burung walet untuk dieksport dikawal, kalau kerajaan tak kawal nanti banyak perkara berlaku. Itu sebabnya hari ini kita boleh lihat kerajaan sangat beri tumpuan kepada industri sarang burung walet.

"Sarang burung walet merupakan program yang memberi impak tinggi, selain ternakan ikan hiasan dan rumpai laut," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Persatuan Peladang Negeri (PPN) Johor di Bakri, dekat sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment