My Add

Sunday, 8 April 2012

Kemiskinan tegar berkurangan

TASEK GELUGOR, AHAD, 08 April, 2012: Kemiskinan tegar rakyat negara ini berjaya dikurangkan daripada 5.2 peratus pada tahun 1990 kepada 0.9 peratus pada tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, ini menunjukkan kerajaan begitu komited dan serius dalam memperkenalkan pelbagai kaedah bagi mengurangkan kemiskinan penduduk di luar bandar.

"Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan kemiskinan tegar ini dan bakal memberi manfaat kepada hampir 9.5 juta penduduk luar bandar setelah perasmian pertamanya dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Gopeng pada 18 Februari lalu," katanya di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment