PHNOM PENH, RABU, 04 April, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak kesal sikap pembangkang yang menimbulkan kekecohan semasa laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentang di Dewan Rakyat sedangkan wakil mereka turut terlibat merangka cadangan itu.
Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti semua cadangan tersebut bagi memastikan pilihan raya berlangsung adil dan bersih.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan PSC tanpa dibahaskan selepas usaha menenangkan kesemua anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal.- UTUSAN
No comments:
Post a Comment