My Add

Wednesday 4 April 2012

Dua jawatankuasa ditubuh atasi penyeludupan diesel

PASIR PUTEH, RABU, 04 April, 201: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur akan menubuhkan dua jawatankuasa kerja bersama dengan persatuan nelayan dan syarikat pembekal bahan bakar ke pelantar minyak untuk mengekang aktiviti penyeludupan diesel di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Timur, Kapten Maritim Syed Mohd. Fuzi Syed Hasan berkata, kegiatan menyeludup minyak subsidi di kawasan perairan ketiga-tiga negeri tersebut ke negara jiran dijangka meningkat berikutan peningkatan harga minyak dunia.

Beliau berkata, pada masa yang sama, pihaknya juga perlu meniliti aspek teknikal dan perundangan kerana penyeludup amat bijak mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud.

"Penyeludupan diesel di laut perlu dilihat daripada dua aspek, pertama diesel subsidi, (APMM) perlu mengatur risikan di semua tempat untuk mengenal pasti sebabnya kerana ia melibatkan perkara teknikal dan undang-undang.

"Untuk itu kita telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja bersama dengan persatuan nelayan di seluruh negeri ini, selain itu kita juga mahu mendapatkan maklumat daripada nelayan mengenai penyeludupan ini.

"Kedua, kita akan menubuhkan jawatankuasa kerja dengan syarikat pembekal bahan bakar ke pelantar minyak kerana siasatan kita juga mendapati ada berlaku kebocoran di sini yang mungkin tidak diketahui oleh pemilik syarikat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Wilayah Timur di perairan Besut dan Tok Bali di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment