My Add

Monday 9 April 2012

Lim Guan Eng harus tenang, rasional

Oleh ANI AWANG

NIBONG TEBAL, AHAD, 08 April, 2012: UMNO Pulau Pinang hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dikritik.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sesiapa sahaja yang mengkritik Guan Eng akan menghadapi tindakan termasuk dibawa ke mahkamah.

Katanya, sebagai Ketua Menteri yang diberi mandat, Guan Eng harus tenang serta bersikap rasional apabila diajukan soalan.

"Saya lihat Ketua Menteri ini tidak sensitif kerana tak dapat menahan kemarahan apabila dikritik. Padahal setiap isu yang UMNO bangkitkan kepada kerajaan negeri berdasarkan fakta dan Guan Eng perlu menjawabnya kerana rakyat hendak tahu jawapannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Serentak Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Nibong Tebal di Institut Latihan Perindustrian, di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment