My Add

Monday 9 April 2012

Mustafa Ali ada rahsia dengan Anwarinas?

KUALA LUMPUR, ahad, 08 April, 2012: Mungkin ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali apabila beliau bersungguh- sungguh mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, tindakan Mustafa baru-baru ini mencetuskan pelbagai persepsi kepada rakyat termasuk soal keikhlasan beliau semasa membuat kenyataan itu.

"Adakah benar itu pengakuan beliau atau dibuat kerana terpaksa untuk menutup rahsia sendiri.

"Desas-desus mengatakan puak Anwarinas menyimpan rahsia peribadi Mustafa Ali. Kita pun nak tahu apa rahsia itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Mustafa yang mempertahankan Anwar dalam percubaan mencabar kredibiliti Ketua Pembangkang itu di Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment