My Add

Sunday 8 April 2012

LPP bantu 2,934 usahawan

TEMERLOH, AHAD, 08 April, 2012: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengeluarkan bantuan dan pinjaman sebanyak RM57.9 juta di bawah Tabung Pembangunan Usahawan (TPU) dan Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) kepada 2,934 usahawan sejak 1991.

Ketua Pengarahnya, Datuk Arpan Shah Satu berkata, bantuan itu meliputi barangan dan kewangan bagi menggalakkan lebih ramai ahli peladang menceburi bidang keusahawanan yang membabitkan projek tanaman, ternakan, akuakultur serta perkhidmatan sama ada secara individu ataupun berkelompok.

Menurutnya, daripada bilangan tersebut seramai 425 orang adalah usahawan wanita yang menjalankan 54 projek tanaman, 95 ternakan, 17 akuakultur, 231 pemprosesan dan 28 perkhidmatan membabitkan peruntukan RM8.1 juta yang dilahirkan LPP sehingga Mac lalu.

``Sejak 2011 sehingga Mac lalu, LPP mengeluarkan bantuan pinjaman sejumlah RM1.5 juta kepada 42 usahawan iaitu RM757,000 dikeluarkan kepada 21 usahawan pada 2011 manakala RM785,000 lagi kepada 21 usahawan (sehingga Mac 2012),'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment