SEREMBAN, AHAD, 08 April, 2012: Majlis pemasyhuran penubuhan Universiti As-Sofa (UAS) di Dataran Sentral Seremban dekat sini malam semalam dihadiri
lebih 3,000 orang yang terdiri daripada 15 ulama terkemuka dunia, antaranya dari Emiriyah Arab Bersatu, Yemen, Lebanon dan Maghribi.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan berangkat merasmikan pemasyhuran UAS itu. Baginda diiringi oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Ketibaan baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.
Hadir sama Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab dan Pengerusi Majlis Universiti yang juga Pengasas Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki.
Dalam titahnya, Tuanku Muhriz yang juga Canselor UAS mahu universiti itu memastikan gagasan Islam yang mahu dibentuknya menepati acuan ajaran Islam yang sebenarnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment