My Add

Friday 27 April 2012

Masalah along menular di kalangan anggota TLDM

LUMUT, JUMAAT, 27 April, 2012: Berikutan masalah ceti haram yang semakin menular di kalangan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pasukan itu memberi tempoh sebulan kepada semua pegawai dan anggotanya untuk melaporkan masalah kewangan kepada ketua masing-masing, bermula hari ini.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata jika gagal, pegawai dan anggota berkenaan bakal berdepan dengan pertuduhan dan tindakan tatatertib.
Katanya, arahan itu bertujuan membendung masalah pinjaman daripada along yang didapati semakin meluas membabitkan anggota pasukan berkenaan. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment