My Add

Friday, 27 April 2012

RM500 bantu setiap KPS jalankan aktiviti: Ismail Sabri

PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 April, 2012: Bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap Kelab Pengguna Sekolah (KPS) tahun ini bagi membolehkan kelab itu menjalankan aktiviti kepenggunaan. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kementerian memperuntukkan RM1.129 juta bagi tujuan itu.

“Sehingga suku pertama tahun ini sebanyak 1,417 program kepenggunaan berjaya dijalankan KPS di seluruh negara,” katanya selepas menutup Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) KPS peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

CIP yang bermula Februari lalu membabitkan penyertaan seramai 2,928 pelajar daripada 732 sekolah menengah dengan 16 pasukan berjaya ke peringkat akhir. 

Ismail Sabri berkata, kementeriannya berhasrat supaya bilangan anggota KPS dapat dipertingkatkan lagi tahun ini selain memastikan setiap KPS menjalankan sekurang-kurangnya satu program. 

KPS ditubuhkan sejak 1992 dengan agenda utama untuk memupuk kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar sekolah bagi mencapai matlamat mewujudkan kumpulan pengguna baru yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab. 

Kini, terdapat sebanyak 2,258 KPS di seluruh negara dengan 69,456 ahli. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment