Oleh LEE HOOI BOON
PULAU PINANG, SABTU, 07 April, 2012: Gerakan pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengandungi fahaman pluralisme disifatkan sebagai berbahaya kerana ia mampu memudaratkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, fahaman pluralisme yang dirujuk dalam kenyataan Anwar di luar negara adalah jelas sekali menyeleweng daripada akidah Islam.
Jelasnya, ia kerana Anwar menyifatkan semua agama, termasuk Islam sama sahaja.
"Kini perpaduan dan kekuatan bangsa Melayu dan agama Islam dalam keadaan berpecah disebabkan oleh beliau (Anwar).
"Maka rakyat dinasihati agar tidak membuat kesilapan lagi dengan terpedaya oleh penipuannya kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah sangat penting untuk memilih seorang Perdana Menteri berwibawa," katanya ketika berucap di Kampung Baru, Sungai Ara di sini, malam tadi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment