My Add

Saturday 21 April 2012

Najib minta rakyat sokong BN jayakan visi negara maju

SANDAKAN, SABTU, 21 April, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan visi menjadikan Malaysia negara maju dapat dicapai sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata, negara memerlukan kepimpinan kuat dan berkebolehan bagi merealisasikan aspirasi Malaysia menjadi negara berstatus maju serta berpendapatan tinggi.

"Pembangkang boleh menawarkan anda matahari, bulan malah galaksi tetapi ini seolah mencabar kebijaksanaan anda.

"Tetapi saya pasti, sekarang anda dapat membezakan perkara yang baik untuk negara dan apa yang boleh dicapai oleh negara,” katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di sini, malam tadi.

Katanya, negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang seperti Selangor, gagal menunaikan janji 32 perkara pada pilihan raya lepas termasuk pengurangan cukai tanah dan elaun bulanan kepada golongan ibu tunggal.

Najib berkata, kerajaan Kedah dan Kelantan tidak banyak membawa perubahan manakala pelaburan di Pulau Pinang ketika ini merupakan syarikat yang pernah melabur ketika pemerintahan kerajaan BN di negeri itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment