My Add

Sunday, 8 April 2012

Najib pangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita

TEMERLOH, SABTU, 07 April, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai Senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes NFCorp yang melibatkan keluarganya. Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di sini, petang ini.

Menurut laporan BERNAMA, Shahrizat berkata, beliau berasa lega apabila Najib mengumumkan beliau sendiri akan memangku jawatan itu.

Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dengan pengumuman itu semasa Perdana Menteri merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang di sini, hari ini. 

"Doa saya dan semua di KPWKM dimakbulkan Allah SWT apabila Perdana Menteri mengumumkan di Temerloh semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berada di bawah Perdana Menteri.

"Alhamdulillah!" katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini . 

Najib mengumumkan akan memangku jawatan berlaittan selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, esok. 

Najib bagaimanapun tidak menyatakan sehingga bila beliau akan memangku jawatan berkenaan. 

Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator esok berikutan isu National Fidlot Corporation, yang membabitkan suaminya. 

No comments:

Post a Comment