My Add

Friday 20 April 2012

Nik Aziz didesak hapus yuran Kias dan Maahad Darul Anuar

KOTA BHARU, KHAMIS, 19 April, 2012: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didesak menghapuskan semua bayaran yang dikenakan kepada pelajar di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Maahad Darul Anuar yang dikendalikan ahli keluarga beliau.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa Pas dan sekutu pembangkangnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

Beliau berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) tidak bermakna sekiranya mereka sendiri tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan percuma.

"Kita mahu Pas buktikan dulu di Kelantan, beri pendidikan percuma di Kias yang dikendalikan kerajaan Pas Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment