My Add

Friday 20 April 2012

Bapa bertegas mahu saman hospital

*MUHAMMAD Firdaus Anuar kelihatan muram ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/GHAZALI BASRI

Oleh FARHANA JONI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Bapa kepada remaja yang tangan kanannya terpaksa dipotong akibat lewat mendapatkan rawatan selepas terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu, bertegas akan menyaman Kementerian Kesihatan, Klinik Desa Bera dan Hospital Temerloh, Pahang.

Anuar Ramlee, 57, berkata, langkah itu sebagai memberi pengajaran kepada pihak berkenaan yang telah mengakibatkan anak bongsunya cacat seumur hidup.

Menurut Anuar, anaknya, Muhammad Firdaus, 21, terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bera, Pahang, Sabtu lalu dan telah dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital Temerloh.

"Malangnya anak saya lewat menerima rawatan dan dibiarkan selama enam jam sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) keesokannya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment